Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA kasih jari anak yatim BERJAYA MENCAPAI 149 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI

141  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1009.
Dari 'Adi bin Hatim r.a., katanya dia bertanya kepada Nabi saw., perihal anak panah. Maka sabda Nabi: "Apabila anak panah itu mengenai sasaran/buruan dengan hujungnya yang tajam makanlah buruan itu. Dan apabila ia mengenai dengan lintangnya dan buruan mati, maka janganlah dimakan, kerana ia mati sakit. Tanya ku, "Ya, Rasulullah! Kulepaskan anjingku dengan menyebut nama Allah (Bismillah). Kemudian ku dapati anjingku dalam perburuan bersama-sama dengan anjing lain yang tidak disebutkan nama Allah (baginya). Aku tak tahu, manakah di antara keduanya yang membunuh." Sabda Nabi, "Janganlah engkau makan, kerana yang engkau sebutkan nama Allah hanya bagi anjingmu dan tidak engkau sebutkan kepada yang lain itu."

142  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1390.
Dari Jabir bin Abdullah r.a., orang Ansar, katanya: Ada seorang laki-laki di antara kami lahir anaknya, lalu dinamakannya Qasim. Orang Ansar berkata: "Kami tidak akan menggelari engkau Abu Qasim (bapa Qasim) dan tiada akan memuliakan engkau kerana itu." Ia pun datang menghadap Nabi s.a.w. lalu berkata: "Ya Rasulullah! Seorang anak saya lahir, lalu saya namakan Qasim. Orang Ansar berkata: "Kami tiada akan menggelari engkau Abu Qasim dan tiada akan memuliakan engkau." Nabi s.a. w. bersabda: "Benar pendapat orang Ansar! Kamu boleh memberi nama dengan nama saya, tetapi jangan kamu bergelar dengan gelar saya. Hanya sayalah Abu Qasim."

143  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0283.
'Aisyah r.a., isteri Nabi saw. berkata: "Semenjak aku tahu kedua orang tua ku telah memeluk Islam semenjak aku mulai akil-baligh. Tiada satu hari pun kami lewati, melainkan Rasulullah saw. datang mengunjungi kami di kedua tepi siang, mahupun petang. Kemudian ayahku, Abu Bakar, teringat hendak mendirikan sebuah masjid, maka dibuatnya di halaman rumah kami. Ayahku solat dan membaca Quran di masjid itu. Maka para wanita musyrik , dan anak-anak mereka berdiri di sekitarnya; mereka tercengang melihat ayahku dan memperhatikannya. Abu Bakar, ayahku, orang laki-laki yang mudah menangis dan tidak dapat menguasai air matanya apabila beliau membaca Al Quran. Hal itu menyebabkan para bangsawan musyrikin Quraisy gempar kerananya.

144  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1253.
Dari Anas r.a.: Rubaiyi' binti Nadr memecah gigi seorang anak perempuan, lalu pemiliknya meminta pembayaran, sedang keluarga Rubaiyi meminta maaf, maka antara kedua belah pihak tiada dapat persetujuan. Lalu mereka datang mengadap Nabi s.a.w. Beliau memerintahkan qisas kepada mereka. Anas bin Nadr berkata: "Apakah akan dipecah pula gigi Rubaiyi', ya Rasulullah! Jangan, demi Tuhan yang mengutus tuan dengan yang hak, tak usahlah dipecah giginya". Dan beliau bersabda: "Hai Anas! Kitab Allah (hukum Tuhan) ialah qisas". Keluarga anak perempuan itu kemudian mahu memberi maaf. Nabi s.a.w. bersabda: "Bahawa sesungguhnya di antara hamba Allah, ada yang bersumpah dengan Allah dibaikkannya (disempurnakannya) sumpah itu".

145  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1454.
Dari Jabir r.a., dari Nabi s.a.w. beliau bersabda: "Apabila hari telah malam atau telah mulai malam, laranglah anak-anakmu ke luar, kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran waktu itu. Apabila sampai waktu Isya, suruhlah mereka tidur dan tutuplah pintumu serta sebutlah nama Allah. Padamkanlah lampu dan sebutlah nama Allah, tutuplah bejanamu (tempat makanan) dan sebutlah nama Allah, biarpun engkau letakkan saja barang sesuatu di atasnya".

146  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0101.
Ibnu Abbas r.a. mengatakan bahawa Rasulullah saw. bersabda, "Apabila seseorang kamu hendak bersenggama dengan isterinya, maka bacalah: "Dengan nama Allah, Ya Allah! Jauhkanlah syaitan dari kami dan dari anak yang bakal Engkau anugerahkan kepada kami. Jika mereka memperoleh anak dari persenggamaan itu, nescaya syaitan tidak akan membahayakannya."

147  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0768.
Dari Abu Hurairah r.a.. katanya: "Pada suatu ketika waktu musim memunggut kurma, dibawa orang kurma kepada Rasulullah saw., iaitu si Anu dan si Fulan dan lain-lain, sehingga bertumpuklah kurma di dekat beliau. Hasan dan Husain bermain-main dengan kurma itu, lalu diambilnya satu dan dimasukkannya ke mulutnya. Rasulullah saw. melihat apa yang diperbuat anak-anak itu, maka dikeluarkannya kurma itu dari mulutnya sambil bersabda, " Engkau tidak tahu bahawa keluarga Muhammad saw. tidak dibolehkan memakan sedekah."

148  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1420.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Nabi s.a.w. bersabda: "Tuhan Yang Maha Tinggi berfirman, Anak Adam (manusia) mencaci Aku, pada hal tiada sepatutnya dia mencaci Aku. Dia mendustakan Aku, pada hal tiada sepatutnya begitu. Adapun caciannya, ia berkata, "Bahawa Aku mempunyai anak. Adapun ia mendustakan Aku, katanya, Tuhan tidak akan mengembalikan (membangkitkan) saya sebagaimana Dia telah menjadikan saya".

149  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1361.
Dari lbnu Umar r.a., katanya: Seorang perempuan didapati mati terbunuh dalam suatu peperangan di masa Rasulullah s.a.w. Lalu beliau melarang membunuh perempuan dan anak-anak.